Wednesday, August 8, 2012

Pameran Sempena 50 Tahun James Bond




My Name Is Bond

James Bond ialah sebuah francais yang masih lagi mempunyai peminat yang ramai sungguhpun sudah terdapat 25 filem dihasilkan. Oktober hadapan, sempena ulang tahun ke-50 filem pertama Bond iaitu Dr No, filem terkini Bond - Skyfall akan ditayangkan di layar perak. Sempena ulang tahun ke 50 ini juga sebuah pameran khas 50 Tahun James Bond diadakan di The Barbican London. Di dalam pameran ini akan akan dapat melihat sendiri pakaian, kenderaan, model, senjata dan juga lukisan konsep terpilih yang pernah digunakan dalam penghasilan filem Bond. Jika anda ada di London sekarang ialah masa yang perfect untuk melihat pameran yang pastinya ditujukan khas buat peminat Bond. Pameran ini akan berlangsung di Barbican sehingga 5 September ini sebelum melakukan road tour seluruh dunia selama 3 tahun. Harapannya pameran ini akan tiba di negara kita. Nampak sangat nice terutamanya kereta Aston Martin DB5 dan pistol The Man With The Golden Gun. Classic stuff!

NOTA KAKI :
Official filem memang ada 23 but total film made are 25. Including 2 non EON made movies. Kalau tak kira non EON, Never Say Never lakonan Sean Connery tidak boleh dikira sebagai Bond movie. Pameran diatas ialah pameran untuk kesemua BOND MOVIES. Hak untuk Casino Royale (1967) dan Never Say Never (1983) telah dibeli oleh EON dari pemilik dua filem ini.Jadi walaupun secara teknikal ada 23 official movies, untuk pameran ini kesemua artifak dari kesemua 25 filem yang memaparkan James Bond dipamerkan .Harap ini mebantu memberi pencerahan yang kata filem James Bond ada 23 sahaja dan bukan 25 seperti yang ditulis dalam artikel asal diatas. 








Laporan asal dan gambar Sam Dunne/Core77
http://blogserius.blogspot.com/2012/08/serius-cool-pameran-sempena-50-tahun.html

No comments: