Sunday, August 26, 2012

Penjelasan Kes Rogol dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan (hudud)

1. Perdana Menteri menegaskan dalam ucapannya: sebagai contoh untuk kajian, kita boleh mengambil kes rogol, secara ringkas seseorang wanita yang belum kahwin dirogol, ia membuat pengaduan terhadap orang yang merogolnya, orang yang dikenali olehnya, apakah yang akan berlaku dengan kes ini mengikut undang-undang PAS, iaitu Seksyen 10 berkenaan zina?. Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ia dengan rela hati berzina, empat orang saksi terdiri daripada orang vang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosadosa kecil berulang kali diperlukan. Saksi seperti ini sudah terlalu sukar didapati. Yang pertama perogol tidak merogol di hadapan saksi, ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman berat yang akan dikenakan ke atasnya jika hukuman tidak berat sekalipun dia tidak akan mendedahkan dirinya. Undang-undang PAS juga tidak akan menerima (circumstances evidence) tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan bahawa dia telah dirogol, atau tandatanda pada perogol. Wanita yang tidak berkahwin melahirkan anak maka ia dianggap telah melakukan zina oleh kerana ia tidak dapat membuktikan ia telah dirogol ia tidak dapat mempertahankan dirinya daripada tuduhan zina Seksyen 46 Subseksyen (2) undang-undang PAS.



Pertama: Perlu difahami bahawa istilah rogol digunakan oleh undang-undang Barat, iaitu mereka yang dipaksa bersetubuh termasuk juga suami isteri, atau orang yang tidak cukup umur menurut perhitungan mereka melakukan persetubuhan walaupun secara suka rela. Adapun persetubuhan secara sukarela oleh orang yang telah cukup umurnya menurut mereka tidaklah termasuk di dalam pengertian rogol. Istilah ini sedikit sebanyak mempengaruhi perundangan kita dengan penafsiran ala Malaysia. Islam memakai perkataan zina iaitu persetubuhan tanpa perkahwinan atau milik yang sah kecuali Wathi Syubhah sama ada secara sukarela atau paksa.


Kedua: orang yang dipaksa tidak boleh dihukum kerana di luar taklif (bebanan hukum syarak). Walaupun ada alasan berlakunya zina seperti mengandung sekiranya orang yang dituduh menyatakan dia dipaksa. Kalau dia berikrar secara sukarela maka hukuman had dikenakan sila lihat hadis RasuluIIah s.a.w. tentang perempuan mengandung kerana berzina dan hadis mengecualikan orang yang dipaksa daripada taklif. Dan sila baca habis-habis Kanun Jenayah Syariah (II) Negeri Kelantan yang menegaskan kecualijikadapat membuktikan sebaliknya. Di manadia tidak berikrar dengan melakukan zina secara sukarela sudah cukup menjadi bukli menurut hukum Islam. Dan ikrarnya dengan naenuduh orang lain tidak boleh diterima dengan sewenang-wenang.

Ketiga: Islam mengetatkan syarat-syarat saksi supaya hudud tidak dilakukan sewenang-wenang, penekanan
yang diutamakan daripada hikmal hudud bukannya untuk menjatuhkan hukuman tetapi untuk menghindarkan
maksiat dengan hukuman yang menakutkan. Bahkan kalau ada sedikit kekeliruan di dalam ikrar atau saksi maka tidak boleh dijatuhkan hukuman hudud dan hakim berusaha untuk mencari hujah bagi membebaskan orang yang dituduh, kerana menurut kaedah perundangan Islam orang yang dituduh dikira tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Islam juga menegaskan bahawa kesilapan seseorang hakim kerana membebaskan orang yang dituduh lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman ke atasnyakerana sabda RasuluIIah s.a.w.:

"Maka sesungguhnya kesilapan seseorang imam (pemimpin yang menjadi hakim) memaajkan lebih baik daripada kesilapan menjatuhkan hukuman."
(Riwayat al-Tarmizi)

Keempat: sekiranya alasan untuk menjatuhkan hukuman hudud tidak mencukupi tetapi ada alasanalasan yang lain penjenayah tidak boleh dibebaskan sewenang-wenang, maka hukuman berpindah kepada takzir. Sila lihat Seksyen 47 Kanun Jenayah Syariah

Kelima:



kalau tidak ada bukti sedikit pun, tetapi pada hakikatnya penjenayah itu sungguh-sungguh bersalah dia menyembunyikan kesalahannya dan disembunyikan oleh Allah, menurut Islam dia akan dihukum di akhirat di mana hukumannya api neraka yang lebih berat daripada hudud dan takzir, bukan habis di dunia sahaja scperti menurut perhitungan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat tetapi sekiranya dalam perkara yang berhubung dengan hak Allah SWT kalau dia bertaubat dengan ikhlas memenuhi syaratnya nescaya Allah mengampuni dosanya, dan dalam perkara yang berhubung dengan hak manusia kalau dia tidak meminta halal di dunia nescaya dia akan dibicarakan di hadapan Allah dengan cara yang Maha Adil.


Keenam: menamakan undang-undang Allah dengan nama manusia adalah cara yang pernah dilakukan oleh mereka yang menolak ajaran-ajaran rasul-rasul a.s. di zaman masing-masing dan dipakai oleh para orientalis di zaman muktakhir seperti, ajaran Muhammad, undang-undang Muhammad dan Iain-lain.

p/s Hudud hanya dikenakan kepada 5 sahaja:


1.mencuri

2.merampas harta orang lain dengan kekerasan
3.zina
4.menuduh orang lain berzina
5.minum arak atau memabukkan

http://library.perdana.org.my/Digital_Content/NLM/pnm_bk/D.297.14-ISU.pdf

1 comment:

che long said...

Ada 5 saja ke?

Bagaimana dengan bunuh dan murtad? Tidak termasuk dlm hukum hudud ke?
Saja nak yahu lebih lanjut. TQ.