Tuesday, August 14, 2012

Laman ternama sokong protes pindaan Akta Keterangan



8:24PM Ogos 13 2012
Beberapa pengendali laman web terkemuka menyatakan sokongan mereka ke atas kempen "Stop 114A" dalam usaha untuk membatalkan pindaan ke atas Akta Keterangan.

Salah satu diantaranya ialah portal perkhidmatan bayaran dalam talian MOL yang digunakan di lebih 80 negara di seluruh dunia.

Pengunjung ke laman berkenaan akan menemui imej berwarna hitam dengan maklumat kempen oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) mengenai seksyen 114A Akta Keterangan.

Imej ini akan mula dipaparkan bermula tengah malam ini.

Pengarah eksekutif CIJ Masjaliza Hamza berkata kempen Hari Tegah Siar Internet itu kini disokong oleh laman web terkemuka, ahli politik dan juga warga maya.

Malah, kempen itu juga mendapat perhatian global apabila disebarkan melalui tulisan di Twitter oleh laman antarabangsa seperti WikiLeaks, katanya.

Turut menyertai kempen itu ialah laman beli belah dalam talian lelong.com.my serta mudahalih.my dan laman komersial entrepreneurs.my dan nexusmediaworks.

Selain itu, ia turut disokong laman sosial seperti cari.com.my, jbtalks, serta laman komuniti seperti anixekai.com, LoyarBurok, mobile88 dan edu.joshuatly.com.

Kempen itu juga didukung laman berita Free Malaysia Today, Malaysiakini, Digital News Asia, The Nut Graph, Merdeka Review, selain lidah parti Harakah Daily, Keadilan Daily dan Roketkini.

Masjaliza berkata, ia turut disokong di Twitter oleh @sultanmuzaffar – yang mempunyai 248,119 pengikut @klubkiddkl yang dilanggan 223,105 pengikut.

Turut menyokong ialah Majlis Peguam, Suaram, Pertubuhan Pertolongan Wanita, Aliran, Kajian Politik untuk Perubahan, Research for Social Advancement, Relevant Facts, Sparkling Analysis (Refsa), Sinar Project, SEACeM, Tindak Malaysia, Islamic Renaissance Front (IRF), Lawyers for Liberty, Perak Women for Women, Empower, Women's Centre for Change, All Women's Action Society (Awam) dan Sisters in Islam.

Malaysiakini

No comments: