Friday, June 17, 2011

Lelaki Tidak Pernah Cuba Untuk Menjadi Seperti Seth Tan?

Demam Nora Elena belum habis. Malahan makin panas dikalangan blogger sehingga membawa link puan ahkak merata di FB. Yang lucunya, entry yang lucu tiba-tiba menjadi seperti serius. Ada yang menghentam entry tu seolah-olah surat itu mmg akan diposkan kepada TV3. Takkan ayat mcm tu nak hantar btol2 kot. Adoiii pening pala hotok aku. Yang membantah seolah-olah marah kerana mungkin mereka mendambakan lelaki seperti Seth Tan? Mungkin mereka belum puas mendapat layanan daripada suami masing2. Tapi pernah terfikir ke antara realiti dan fantasi?

Bila aku sebut pasal cerita Nora Elena,ramai wanita yang akan soal aku balik dengan ayat yang hampir sama.

"Lelaki tidak pernah cuba untuk menjadi seperti Seth Tan"

Aku nak tanya balik, jika wanita begitu mendambakan lelaki seperti Seth Tan, "Ada ke wanita yang cuba untuk menjadi seperti Fatimah atau Mutiah, atau seperti Natasha :p ?"

Wanita sentiasa dambakan lelaki yang romantik seperti dalam TV/wayang. Tapi takkah terfikir semua yang dalam TV itu hanya mengikut skrip, fatamorgana bukan realiti. Setelah skrip disiapkan, skrip itu akan direview supaya permulaan, tengah dan ending cerita haruslah dramatik. Bermakna ia bukan berdasarkan realiti. Setiap perbuatan manusia adalah mengikut keadaan, masa, situasi, mood semasa dan keadaanya. Hari ni bergaduh bagai, bertengking sana sini esoknya nak dapat bunga ros merah mcm biase? kemonnnn, back to reality la.


Watak Aaron sama ke mcm kt luar? Watak Hugh Grant (Notting Hill) sama ke kat luar, bukan ke mamat tu baham pelacur negro dlm kete sampai bercerai berai? Fasha Sandha (meowww) sama ke watak Natasha dgn cite dia kt luar? Imuda/apek kelakar ke kt luar, nampak serius je, Richard Gere (Pretty Woman) sama ke dgn watak dia kt luar? Sama ke Di Caprio (Titanic) dgn kt luar? Ben Affleck same ke kt luar dgn mase nk naik roket g bom asteroid? Adam Sandler buat benda yg same ke kt luar mcm 50 First Date tu?

Ya,kajian memang betul bahwe rakyat Melayu Malaysia bukan dari golongan yang romantik berbanding bangsa Eropah. Contoh nyata, pernah kita tengok pasangan tua umur 70 80 an berpegangan tangan seperti baru kahwin berjalan sana sini seperti mat salleh? Tapi kemon la, ada juga mat salleh yang tak mcm tu. Ada yang tak serius dlm hubungan, anak 3 4 pun belum tentu nak kawin dan hidup bsama sampai tua. Kerana apa? Sebab kalo kahwin, bercerai alamat harta kena bahagi2 la, lgpun kalo berpisah, mereka dah bersedia utk pompuan lain.

Romantik adalah perkara yg subjektif. Kdg2 sesetengah org, suami yg tolong lipat kain, sidai baju atau kemas rumah sudah dianggap romantik. Kalo rumah bersepai, bantal dah hitam mcm kena kiwi kasut tapi hari-hari bagi bunga ros, romantik menate gapo gitu. Keliling rumah mcm rumah dah kena tnggal 20 thn, tp kt dlm rumah siap bg cokelat hersyey dgn dinner berlilin bagai, romantik nate apo gitu. Mlm ni kate suami pondan, esok nk suami bunga ros lg?

Hurmmm padan-padanlah dgn cerita Nora Elena, harap ini last cerita pasal citer tak logik tu, Lelaki Perogol Bawah Pokok Pisang Bajet Lelaki Idaman Wanita Malaysia.

"Jangan mengharapkan suami seperti Ali jika anda tidak seperti Fatimah"







2 comments:

Anonymous said...

Rimas lor klu laki mcam seth tan.
Grrrrrrrrr. LOL.

azam said...

hahahah tau pun, perogol pokok pisang bajet lelaki idaman malaysia