Saturday, September 1, 2012

Isu bendera Sang Saka

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan tetap menggunakan bendera Malaysia sebagai bendera rasmi biarpun ada cubaan daripada sesetengah pihak yang melakukan provokasi mengibarkan bendera 'Sang Saka Merah' semasa himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam tadi.

Anwar menjawab pertanyaan pengikutnya di Twitter yang curiga ia akan dijadikan isu oleh Umno-APCO dan Barisan Nasional untuk menempelak Pakatan Rakyat kununnya gabungan itu akan mengubah bendera rasmi negara ini, Jalur Gemilang dengan Sang Saka Merah. Menjawabnya di Twitter sebentar tadi, Anwar menegaskan:

@anwaribrahim PR tdk jdkan ini sebgai isu! @_Joe__7: harap DSAI dpt selesaikan isu bendera itu....jika tidak pasti Dlm PR sendiri akan wujud perpecahan disebabkan isu yg remeh ini

Dan satu lagi tweet dari Anwar juga menjelaskan:

@anwaribrahim PR -bendera Msia @razzanismail: apa pendapat DS tentang mereka yg kibarkan 'sang saka malaya' malam tadi?

Malam tadi, beberapa individu yang kelihatan semasa himpunan Janji Demokrasi dilihat mengibarkan bendera Sang Saka Merah yang didakwa bendera asal Tanah Melayu sebelum bendera itu digantikan dengan Jalur Gemilang semasa negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.

Ia mendapat reaksi pelbagai di laman sosial Twitter selain blog pro-Umno-APCO cuba menjadikannya sebagai modal untuk menghentam Pakatan Rakyat kunun sekiranya pakatan tersebut memerintah Malaysia nanti, bendera Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera asal.

Pendapat Anwar turut disokong ahli parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang berkata ia hanyalah satu bentuk pembohongan mengalihkan cerita (spin) akibat kegagalan Umno-APCO menghalang himpunan Janji Demokrasi malam tadi yang dihadiri lebih 10 ribu orang tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

@wongholeng ‎"@anwaribrahim: No such decision by PR.Why spin? @mukhlis_30: Pls advice me y after 55 years we must change our flag.."Lousy spin culture Tambah Wong lagi, tidak ada makna sambutan kemerdekaan dirayakan kerana pemimpin BN langsung tidak menjemput pemimpin Pakatan Rakyat menghadiri sambutan tersebut yang diadakan tahun ini di Sibu bagi peringkat Sarawak.

Jelas cubaan Umno-APCO menjadikan isu bendera sebagai modal untuk menempelak Pakatan Rakyat gagal lagi. -wargamarhaen









APA ITU BENDERA SANG SAKA BERBINTANG 12



Merah Putih Berbintang 12 lambang Putera-Amcja. Ia adalah lambang Malaya Merdeka pertama yang pernah diajukan  kepada dunia - pertama kali dikibarkan sebagai lambang
Malaya merdeka oleh wakil Malaya di Sidang Serantau Asia di New Delhi tahun 1947

Pada bulan April 1948, PETA telah mengadakan kongres kebangsaan selama 3 hari 3 malam di bandar Temerloh dengan dihadiri oleh wakil-wakil berbagai negeri dari seluruh Malaya.

Di kemuncaknya, kongres telah memutuskan untuk mengadakan perarakan secara besar-besaran walaupun diharamkan oleh penjajah British. Mencium berita itu, penjajah telah mengarahkan anggota-anggota polisnya dari Betong dan Raub ke Temerloh.

 Polis-polis itu bersiap sedia dengan benet terhunus dihujung senapang masing-masing untuk menggugat para perwakilan Kongres dan rakyat ramai yang sedang menunggu perarakan dimulakan.

Akan tetapi, semangat massa rakyat bukan saja tak tergertak jatuh, sebaliknya kemarahan mereka semakin meluap-luap. Mereka berpekik dengan lantang: “Mesti berarak!” “Jangan takut pada benet!” “Keras lawan keras!” dan lain-lain slogan yang militan.

Pada pukul 10 pagi, perarakan dimulakan dengan dipelopori oleh anggota-anggota PETA, AWAS, PKMM dan Barisan Tani Malaya. Lebih dari 5,000 pemuda dan wanita revolusioner bersama massa rakyat yang luas telah mengambil bahagian dalam perarakan itu. 2 helai bendera dikibarkan dengan megah, satu helai bendera merah putih berbintang 12 (bendera PUTERA-AMCJA dan juga lambang Malaya merdeka) yang melambangkan kesatuan negara kita yang mengandungi 12 buah negeri bahagian), satu helai lagi bendera AWAS yang tersulam dengan gambar Clara Zetkin.

Peserta-peserta perarakan menjulang tinggi-tinggi beratus-ratus sepanduk, cogan kata dan slogan-slogan revolusioner yang bertuliskan kata-kata seperti

“MERDEKA!MERDEKA!”,

“SEMUA BANGSA BERSATU LAWAN PENJAJAH BRITISH!”

“PENJAJAH BRITISH NYAHLAH DARI MALAYA!”
danl ain-lain. Di samping itu sorak dan pekikan-pekikan “MERDEKA” berkumandang di angkasa raya dengan tak henti-hentinya.

No comments: