Saturday, September 1, 2012

Ustaz Don Jawab Perkara Yang Menjadi Isu Di Majlis Perkahwinannya



Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. Sebagai seorang penceramah popular jadi setiap perkara yang dilakukan menjadi perhatian umum, termasuk juga ramai yang memperkatakan tentang majlis perkahwinannya. Ramai yang mempersoalkan kenapa Husna memakai inai dan majlis persandingan juga telah diadakan, yang dikatakan seperti amalan kaum lain.

Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphoto Artmosphere Photographyjuga Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.


Ustaz Don selesai upacara akad nikah

1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.


Corak inai(henna) yang simple & sweet di tangan Husna, isteri Ustaz Don


Ustaz Don diupacara menyarungkan cincin dijari isterinya, Husna

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.


Mekap Husna di majlis pernikahannya.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

Gambar romantik perkahwinan Ustaz Don dan Husna

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.


Ustaz Don dan Husna melakukan sembahyang sunat setelah selesai akad nikah

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.


Ustaz Don dan Husna sebelum acara menyarungkan cincin.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.



Ustaz Don dan Husna di atas pelamin untuk sessi bergambar.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.


Salah satu hantaran perkahwinan Ustaz Don dan Husna

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

Diharap bagi mereka yang musykil dan tertanya-tanya perkara yang Ustaz Don dan Husna lakukan di majlis perkahwinannya telah terjawab. Maklumlah nanti takut mengundang fitnah pula sebab tidak tahu sebabnya tapi memandai-mandai beri komen bila tengok gambar perkahwinan Ustaz Don dan Husna.
Gambar henna & Hantaran Ustaz Don & Husna dari facebook.com/tho.redgincu.

No comments: