Pelakon komedi ini bagai tidak boleh berhenti bercakap apabila bercerita mengenai pengalamannya sepanjang mengacarakan rancangan Jejak Jepun Bersama Zizan. Negara itu bukan saja membuka matanya dengan penggunaan teknologi canggih, keunikan budaya dan disiplin yang tinggi rakyatnya juga membuat dia cukup tertarik.
Buka minda
Inilah rancangan travelog pertama saya dan boleh dikatakan, rancangan ini banyak membuka minda saya. Sebelum ini saya banyak mengacarakan rancangan komedi seperti Raja Lawak dan kemudian berbentuk hiburan seperti Melodi. Tapi Jejak Jepun Bersama Zizan berada dalam skop yang lain.
Justeru, saya rasa dengan 15 hari di sana saya banyak mempelajari sesuatu yang baru.
Tambahan pula travelog ini tidak sama dengan rancangan pengembaraan lain. Kami juga selitkan misi dalam setiap episod. Antaranya kami ditugaskan mencari artis terkenal, Ayumi Hamasaki, ahli gusti sumo, ninja dan membongkar beberapa destinasi yang menarik di sepanjang misi terbabit.
Tapi agak mencabar juga dari segi komunikasi kerana orang Jepun tidak ramai yang boleh berbahasa Inggeris.
Jadi kami hanya banyak menggunakan isyarat. Meskipun mereka tidak boleh menerangkan dalam bentuk perkataan, mereka akan sedaya upaya membantu dengan isyarat tangan,h ceritanya panjang lebar.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengurus Kumpulan Saluran Hiburan Astro, Azlin Reza Azmi; dan Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris.
Tetap bersama Johan
Jejak Jepun Bersama Zizan yang berkonsepkan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di sekitar negara matahari terbit itu bakal bersiaran di Astro Prima pada setiap Rabu, jam 9 malam, mulai 12 September ini.
Isyarat tangan penyelamat Zizan Selama enam episod, Zizan yang dipilih mengacarakannya kerana sikap santai dan kelakar, yang mampu membuatkan program itu tampak bersahaja, akan membawa penonton mengembara menyelesaikan misinya di Osaka, Kobe, Wakayama, Kyoto, Shirahama, Yokohama dan Tokyo.
Sementara itu, berbicara mengenai filem pula, pada bulan ini dirinya akan sibuk dengan aktiviti promosi untuk filem Hantu Kapcai, yang akan menemui penonton pada 27 September.
Selepas itu Zizan akan fokus pula dengan rancangan Maharaja Lawak Mega 2012, November nanti. Masih kekal menyertai program itu dengan rakan baiknya, Johan, mereka berdua memilih untuk tidak bertukar pasangan biarpun ada kumpulan lain yang bertukar anggota.
Biarlah tidak lawak sekali pun, kami masih tetap tampil bersama.
Ada juga saya dengar orang kata Johan nak sertai Jepp dan Shuib, tapi setakat ini Johan tidak kata apa-apa pun mengenai hal itu,h katanya.
No comments:
Post a Comment