Sunday, September 16, 2012
Selingkar Kisah Ibrahim Ali
Kisah ini adalah pengakuan dari seorang yang rapat dengan Datok Ibrahim Ali. Beliau menceritakan bagaimana Ibrahim Ali telah membuat pengakuan kepada bebarap ahli jawatankuasa bahagian dan pemuda bahagian ( Pasir Mas ) dalam satu perjumpaan tidak lama dulu. Kisahnya ialah mengenai mengapa beliau terpaksa menghentam DS Anwar dan menjadi hulubalang untuk mempertahankan
Dr. Mahatir.
Dalam pengakuan tersebut, Ibrahim Ali secara ikhlas mengaku bahwa segala apa yang diperkatakan mengenai DSAI adalah bukan dari hatinya, tapi tak ebih hanya untuk menunjukkan kesetiaan dan ketaatannya kepada Dr. M selaku presiden Umno dan Perdana Menteri. Ini kerana, PM sudah tidak mempunyai keyakinan lagi kepada beberapa orang kepercayaannya untuk menjadi penyokong kuatnya. Mereka seperti Tengku Razaliegh, Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Rais Yatim dan bekas S46 yang lain tidak boleh diharapkan sangat, kerana mereka ini bagi PM sentiasa sahaja mencari peluang untuk merampas Umno dan membalas dendam terhadap Dr. M atas perbuatannya dahulu, iaitu tahun 1987 - 1988.
Kepada Yusof Nor dan Hamid Othman, bagi PM mereka ini tentu agak keberatan untuk melakukan serangan hebat terhadap DSAI. Lain - lain pemimpin seperti Wan Mokhtar, Ghani Othman, Najib, Osu Sukan dan PM masih was - was pendirian mereka sama ada menyokong beliau atau menyokong DSAI. Begitu juga dengan ahli MKT yang PM sendiri tidak yakin kan menurut sahaja arahannya, seperti Datuk Hassan Arifin, Ibrahim Saad, Raja Ariffin, Sharizat Jalil dan beberapa orang lagi.
Oleh itu, harapan PM hanyalah kepada Ibrahim Ali, Isa Samad, Shahidan Kassim, Sanusi Joned, Rahim Thamby Chik, Sabbaruddin Chik dan beberapa orang lagi yang boleh dijadikan toyol untuk menyerang DSAI secara aggresif. Tapi, dikalangan mereka Ibrahim Ali lebih dipercayai kerana bagi PM, Ibrahim mempunyai pengetahuan yang lebih mengenai DSAI, Ibrahim Ali dan DSAI adalah rakan perjuangan, sama - sama pernah terlibat dalam gerakan pelajar tahun 70an dan yang lebih penting kedua - duanya pernah bersama ditahan dalam ISA pada tahun 1974. Maka terpaksalah Ibrahim Ali menerima tugas tersebut dan menjadi hulubalang utama Dr. M.
Dalam masa yang sama Ibrahim Ali diugut untuk tidak dilantik semula sebagai Senator dan tidak akan dicalonkan dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu Ibrahim Ali tiada pilihan lain selain menurut sahaja cakap Dr. M, walau beliau sendiri keberatan melakukannya.
Mengikut Ibrahim Ali lagi, beliau langsung tidak dapat menerima tuduhan salah laku seks dan liwat ke atas DSAI. Ini berdasarkan pengalaman beliau bersama DSAI semenjak dari zaman pelajar lagi, DSAI memang seorang yang warak. Bagaimana manusia seperti DSAI sanggup melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Untuk berlaku curang, bagi Ibrahim Ali, tidak ada sebab untuk DSAI berbuat demikian kerana pada pandangan beliau Datin Seri Wan Azizah jauh lebih cantik dari perempuan yang di tuduh menjadi pasangan seks DSAI, lebih - lebih lagi Dr. Azizah sentiasa berada disamping DSAI dalam setiap lawatan atau majlis yang dihadiri oleh DSAI.
Mengenai dakwaan liwat pula, Ibrahim Ali mengatakan mustahil DSAI seorang homoseksual sejak da MCKK, dalilnya semasa beliau dan DSAI ditahan ISA, mereka ditempatkan dalam satu bilik tahanan, DSAI tidak pernah walau sekalipun menunjukkan minatnya untuk melakukan perbuatan terkutuk tersebut kepadanya, sebaliknay DSAI tetap memperliahatkan sifat ‘anak jantan berjiwa pahlawan’ dalam mengharungi masa getir tersebut.
Mengenai dakwaan menjadi agen asing pula, bagi beliau DSAI memang sejak zaman memimpin gerakan pelajar dan ABIM lagi sudah terkenal diserata dunia, baik negara timur dan barat. Kepimpinannya memang menjadi perhatian seluruh dunia. Oleh itu tidak mustahil dengan status TPM dan menteri kewangan Malaysia namanya terus dan bertambah terkenal diperingkat antarabangsa. Satu persoalan yang beliau timbulkan ialah mengapakah hubungan baik DSAI dengan William Cohen diperbesarkan, sementara hubungan DSAI dengan pemimpin dan ulama terkenal seperti Yussof Al Qardawi, Prof. Ismail Faruqi dll tidak dibangkitkan.
Satu pengakuan jujur Ibrahim Ali ialah beliau tidak mengetahui mengenai wujudnya konspirasi menjatuhkan DSAI, beliau hanya menyedarinya bila egalanya diperingkat pelaksanaan sahaja, dan beliau tidak dapat berbuat apa - apa untuk menyelamatkan sahabatnya dari bencana tersebut. Setelah menerima bermacam tekanan dan tawaran jawatan yang baik dalam kerajaan, maka terpaksalah beliau menerima jawatan sebagai "hulubalang" dalam jentera konspirasi Dr. M untuk menjatuhkan DSAI. Beliau telah diberikan bermaca maklumat, sumber dan kemudahan untuk menyempurnakan tugasnya.
Walaupun dalam team tersebut ada mengandungi tokoh lain, namun orang seperti Daim, Ghaffar Baba, Aziz Shamsuddin, KPN, Peguam Negara dijadikan sebagai pelakun belakang tabir. Ini bagi mengelakkan dari orang ramai menyedari peranan Dr. M dalam konspirasi tersebut.
Itulah antara pengakuan sebenar Ibrahim Ali mengenai peranannya dalam pasukan konspirasi menjatuhkan DSAI.
Bagi pejuang reformasi, walau apapun alasan yangdiberikan, Ibrahim Ali tetap sebagai seorang yang munafik dan tidak mempunyai maruah serta harga diri. Kita tetap tidak boleh memaafkan beliau jika suatu hari beliau datang dan ingin bersama DSAI. Sejarah telah membuktikan bahawa Ibrahim Ali seorang ahli polotik yang paling banyak menyertai parti politik dan selalu mengambil kesempatan untuk selamat. Satu lagi sifat durjananya ialah sanggup menikam kawan dari belakang untuk mencapai apa yang beliau hajatinya.
Sedikit profail sejarah Ibrahim Ali sebagai manusia munafik. Mempunyai pendirian yang tidak tetap dan sanggup meninggalkan jemaah daalam pertempuran. Bermula dengan menyertai Berjasa, tapi menyertai Pas bila Berjasa lemah di Kelantan, bila Pas semakin goyah menyertai Umno untuk mencari kedudukan, di masa Umno bergolak tahun 1988, menyertai pula parti S46, bila S46 hampir lemas cepat - cepat berpaling tadah dengan menyertai Umno kembali. Oleh itu tidak mustahil jika Umno dan BN kalah, dengan muka tebal memohon untuk menyertai gerakan rakyat melalui GERAK atau ADIL ( REFORMASI ). Mengenai menikam kawan dari belakang pula, selain kes DSAI, beliau pernah meninggalkan tokoh pujaannya iaitu Ku Li dan menjadi petualang untuk menyerang parti S46.
Ibrahi Ali juga dikatakan orang yang menjadi punca mengapa Dr. Wan Mohd Hasni (ketua Pemuda PM ) dipecat dari Umno. Kita tahu peranan Dr. Hasni tidak begitu menonjol dalam gerakan reformasi berbanding tokoh lain, tapi beliau dipecat keahliannya. Diberitakan atas syor Ibrahim Ali kerana beliau bimbang pengaruh Dr. Hasni di parlimen PM dan mungkin mencabarnya dalam pemilihan akan datang.
Kesimpulannya, Ibrahim Ali memang manusia munafik dan patut disingkirkan terus dari arena politik Malaysia. Kepada pengundi Pasir Mas, di seru agar menolak beliau jika dicalonkan semula dalam PR akan datang.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=451335804911449&set=a.257904734254558.63697.257361864308845&type=1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment